Isnin, 16 Februari 2015

08.02.2015 ~ Selamat Ulangtahun SUFI FARHA

Selamat Hari Lahir yang Pertama Sufi Farha.. Ibu sayang Sufi Farha tau..


SUFI FARHA

Takkan biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar, jengking dan ular
Bonda takkan berundur

Nyamanlah arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

Kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
Jalan betul anakanda tak jelas mata
Ambil yang sarat duri

Hiduplah arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama TUHAN mu ada
Takkan enkau tercela

Ngeri tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu anakanda

Hiduplah arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama TUHAN mu ada
Takkan enkau tercela

Nyamanlah arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata


Semua tak serupa

Jumaat, 3 Oktober 2014

Hari wukuf di Arafah - Waktu Doa Maqbul

Hari Wukuf di Arafah adalah pada 9 Zulhijjah pada setiap tahun merupakan salah satu waktu yang mustajab untuk berdoa. Ia bermula pada waktu gelincir matahari (zuhor) iaitu jam 12.10 tengahari sehingga 6.07 petang waktu arab saudi. Waktu itu jatuh pada hari Jumaat 3 Oktober 2014 di Malaysia jam 5.10 petang sehingga 11.07 malam. Jom sama-sama kita memanfaatkan waktu mustajab tersebut dengan memperbanyakkan zikir mengingati Allah dan selawat mengingati Rasulullah beserta doa-doa yang kita hajati...

Khamis, 25 September 2014

Sufi Farha (08.02.2014)

Hari ke 2
Ini percubaan pertama kali bina blog.. Guna gambar anak sebagai model. Hehehehe...
Sufi - Ahli tasawwuf, Farha - Bahagia..